Kerajaan perkenal Pasport sah laku 10 tahun dengan harga RM350

Warganegara Malaysia bakal menikmati tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun berbanding sebelum ini hanya 5 tahun. Menerusi pindaan di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026, rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 59 tahun boleh memohon tempoh sah laku sehingga 10 tahun dengan bayaran RM350. Manakala untuk golongan berumur 60 tahun dan ke atas bayaran yang dikenankan…

Warganegara Malaysia bakal menikmati tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun berbanding sebelum ini hanya 5 tahun.

Menerusi pindaan di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa) (Pindaan) 2026, rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 59 tahun boleh memohon tempoh sah laku sehingga 10 tahun dengan bayaran RM350. Manakala untuk golongan berumur 60 tahun dan ke atas bayaran yang dikenankan adalah RM175.

Sebagai perbandingan, sebelum ini kerajaan hanya menawarkan tempoh sah laku sehingga 5 tahun dengan bayaran RM200, sementara untuk warga emas pula adalah RM100. Untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) 18 tahun dan ke atas yang berdaftar di bawah Akta Orang Kurang Upaya serta pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia layak mendapat pasport secara percuma.

Selain itu, terdapat kenaikan bagi kadar bayaran untuk penggantian pasport 10 tahun yang hilang atau rosak. Bagi pasport dewasa, bayaran penggantian ditetapkan pada RM550 untuk kali pertama, RM850 untuk kali kedua dan RM1350 bagi kehilangan seterusnya.

Untuk pemegang kad OKU, bayaran yang akan dikenakan adalah RM200 untuk penggantian pertama, RM500 untuk kali kedua, dan RM1000 bagi penggantian berikutnya. Seterusnya, bgi warga emas penggantian pertama ialah RM375, kedua RM675 dan seterusnya RM1175.

Previous Post

Next Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About the Author

Easy WordPress Websites Builder: Versatile Demos for Blogs, News, eCommerce and More – One-Click Import, No Coding! 1000+ Ready-made Templates for Stunning Newspaper, Magazine, Blog, and Publishing Websites.

BlockSpare — News, Magazine and Blog Addons for (Gutenberg) Block Editor